• FRONT LINE ACADEMY

    Akademi ini merupakan satu badan bebas yang lahir atas rasa tanggungjawab dalam usaha melahirkan individu yang bebas dari bebanan hutang serta memiliki aset masa depan yang mencukupi. Bersandarkan kepada kredibiliti mereka yang terlibat sebagai tulang belakang FLAcademy dari pelbagai cabang pengalaman, kami amat berkeyakinan segala perancangan yang telah disusun mampu direalisasikan.

    Read More
  • FRONT LINE ENTREPRENUERS PROJECT

    FRONT LINE ENTREPRENUERS PROJECT Asset Management, syarikat hartanah kita, bertanggungjawab untuk membuat pelaburan yang besar dalam bidang ini - daripada pengambilalihan villa mewah dan resort percutian, ke hotel di seluruh Asia dan juga hartanah komersil di pelbagai negara. Cabang pengurusan projek kami, FRONT LINE ENTREPRENUERS PROJECT mengendalikan pengurusan dan operasi pelbagai inisiatif kepentingan khas bagi Kumpulan.

    Read More
  • MENTORING AND COACHING

    Ramai yang mahu tahu bagaimana, FRONT LINE ACADEMY dapat membantu rakanniaganya untuk mendapat sesuatu hartanah itu, disinilah kita bermula, saya akan kongsikan dengan anda bagaimana kami di FRONT LINE ACADEMY mengubahnya menjadi realiti, HAdir di Program kami di BANGI pada 6hb Okt 2015 jam 8.30pg, Jumpa anda disana.

    Read More
  • MENTORING AND COACHING

    Ramai yang mahu tahu bagaimana, FRONT LINE ACADEMY dapat membantu rakan niaganya untuk mendapat sesuatu hartanah itu, disinilah kita bermula, saya akan kongsikan dengan anda bagaimana kami di FRONT LINE ACADEMY mengubahnya menjadi realiti, HAdir di Program kami di BANGI pada 6hb Okt 2015 jam 8.30pg, Jumpa anda disana.

    Read More
  • FRONT LINE ENTREPRENUERS HOSPITALITY

    FRONT LINE ENTREPRENUERS HOSPITALITY telah melabur dalam beberapa Kondominium dan Rumah untuk dijadikan Hotel Bajet melalui anak syarikat kami yaitu FRONT LINE ENTREPRENUERS HOSPITALITY dan telah membenarkan ribuan ahlinya memegang sebahagian saham pelaburan dalam pembinaan hotel-hotel Budget dan rumah persinggahan.

    Read More

Monday, January 4, 2016

9 kesilapan Semasa Membuat Iklan Di FB

Sunday, January 3, 2016

Cara ‘Follow Up’ Prospek di WhatsApp

Cara 'Follow Up' Prospek di WhatsApp

Bagaimana cara nak tukarkan prospek kepada pembeli..?
Caranya adalah anda perlu FOLLOW UP prospek menggunakan teknik yang betul sehingga mereka bertukar menjadi pembeli..
Siapa prospek ni?
Prospek adalah orang yang sudah berminat nak dapatkan produk yang kita jual, tapi atas sebab-sebab tertentu.. mereka terpaksa TANGGUHKAN niat mereka untuk membeli produk anda.
Apa pula follow up?
Follow up adalah satu tindakan untuk memujuk prospek yang berminat dengan produk kita tapi masih belum membuat pembelian.
Biasanya, ada 5 cara yang boleh kita gunakan untuk follow up..
  • PM
  • Whatsapp/SMS
  • Emel
  • FB Ads
  • Telefon
Setiap cara di atas menggunakan teknik follow up yang berbeza, tapi objektifnya tetap sama.. nak tukarkan prospek jadi pembeli.
Dari 5 cara di atas, saya syorkan anda untuk pilih WhatsApp.
Kenapa WhatsApp?
Sebab saya pasti, ramai orang di Malaysia gunakan WhatsApp dalam kehidupan harian mereka. Saya boleh katakan, itulah cara paling MUDAH dan JIMAT untuk berinteraksi dengan prospek. Mereka juga pasti lebih selesa menggunakan WhatsApp berbanding cara lain..
Kenapa kita perlu follow up prospek?
Kita dah keluarkan kos iklan untuk dapatkan prospek, agak rugi kalau kita asyik mencari prospek baru. Dari 1000 prospek yang kita dapat, berapa banyak yang kita boleh tukarkan kepada pembeli?
10 orang..?
100 orang..?
Lebih banyak, lebih baik!
Kita dah dapat JIMATKAN banyak kos iklan dan tingkatkan keuntungan bisnes.
“Saya dah follow up banyak kali, tapi takde pun orang beli”
Itu mungkin sebab cara anda follow up tu salah!
Nak follow up pun ada caranya, bukan ikut suka hati anda je!
Dalam artikel ni, saya nak tunjukkan cara  follow up yang betul menggunakan Whatsapp.
Ini Contohnya..
Ada prospek Whatsapp anda..
“Salam, saya berminat”
Ini jawapan yang anda boleh beri..
“As salam Puan Minah.
Saya Wawa, dari page KRIM AAA. Terima kasih kerana PM.
HARGA SEBENAR “KRIM AAA – RM200
HARGA PROMOSI – RM 150 SAHAJA
Harga Promosi akan TAMAT pada 2 Okt 2014.
Dengan kos PELABURAN RM150, puan akan dapat;
1) 3 TIUB KRIM AAA
2) PERCUMA TUALA AAA
3) PENGHANTARAN PERCUMA
Puan BERMINAT dengan tawaran promosi ini?”

Selepas sejam

Tanya pada prospek sama ada mereka masih berminat nak dapatkan produk anda atau tak. Ceritakan semula apa offer yang anda berikan pada mereka.
“Salam puan, sori ganggu..
Macam mana dgn OFFER Krim AAA yg kami berikan tadi, sis BERMINAT?
Sila respon walaupun dgn perkataan “Tidak”. TQ sis 

Selepas 24 jam

Update info terkini mengenai produk anda. Berapa kuota yang tinggal? Bila tarikh offer anda akan tamat? Lebih baik anda berikan offer jika prospek buat bayaran pada waktu juga.
“As salam Puan,
Saya nak maklumkan HARGA PROMOSI KRIM AAA bakal tamat esok. Stok pun tinggal sikit lagi.
Puan jadi nak order?
Jika jadi, boleh saya tahu BILA puan nak buat bayaran ye?”

Waktu Gaji

Waktu gaji adalah waktu WAJIB untuk anda follow up. Kalau boleh, cuba pujuk prospek untuk bayar pada hari tu juga.
“Salam puan, sori ganggu…
Hari tu ada bro ada tanya pasal KRIM AAA kan?
Saya just nak inform, harini LAST DAT PROMOTION!
Kalau puan buat bayaran sebelum jam 10 mlm ni, esok jugak kami post barang puan..
Lepas dari offer ni, kami dah tak terima.
So, puan masih berminat?”
Ini antara strategi yang boleh anda gunakan untuk follow up prospek. Jangan terlalu kerap buatfollow up! Nanti mereka akan lari dari anda dan beli dari peniaga lain, anda dah rugi 1 pelanggan.
Kalau 10 orang lari? Berapa banyak anda dah rugi?
Kalau kos dapatkan 1 pelanggan adalah RM5.. means, anda dah rugi RM50!
Sebab tu, jangan paksa prospek beli produk anda. Cari masa yang sesuai untuk follow up, guna cara yang berhemah..
Di bawah ni saya berikan beberapa tips follow up..
Tips follow up;
  • Mulakan dengan ayat pengenalan; Salam bro, Salam sejahtera bro..
  • Sebut nama prospek yang bertanya; As salam Puan Minah..
  • Perkenalkan siapa anda yang menjawab pertanyaan prospek.
  • Akhiri jawapan anda dengan pertanyaan; Bro masih berminat?
  • Jangan ulang info pada post ketika menjawab soalan. (ciri-ciri, manfaat produk)
  • Gunakan gambar testimoni untuk yakinkan prospek dengan jawapan anda.
  • Tulis maksima 5 baris bagi setiap perenggan.
  • Gunakan emoticon yang sesuai supaya prospek tak rasa bosan bersembang dengan anda.
  • Akhiri jawapan anda dengan soalan.
Kesimpulannya, jangan terlalu banyak keluarkan kos untuk dapatkan pelanggan baru. Jaga pelanggan sedia ada. Keuntungan bisnes kita perlu banyak bergantung pada pelanggan sedia ada. Jelas?

Saturday, November 21, 2015

Bagaimana Anda mendapatkan Like yang Banyak melalui Facebook!!!

Cara Bagaimana ingin mendapatkan Freind yang ramai dari Facebook

Bagaimana ingin buat BOOST PAGE anda untuk mendapatkan Prospek yang Ramai


Sunday, November 15, 2015

WebSite Syarikat


Thursday, October 15, 2015

Coming Soon